uku ini mendokumentasi dan menganalisis pemikiran serta sumbangan Dato’
Seri Dr. Haji Wan Salim Wan Mohd Noor sebagai tokoh ilmuwan Islam kontemporari
di Malaysia. Objektif utama buku adalah untuk menelusuri latar belakang
pendidikan dan kerjaya beliau, mengenal pasti pendekatan keilmuannya dalam
isu-isu semasa, serta menilai impaknya dalam pembinaan wacana Islam
kontemporari di Pulau Pinang dan juga di Malaysia amnya. Pendekatan kualitatif
melalui reka bentuk kajian naratif digunakan dalam mengumpul data menerusi
temu bual mendalam serta analisis dokumen seperti karya penulisan, gambar
dan artikel media berkaitan tokoh tersebut. Dapatan menunjukkan bahawa Dato’
Seri Dr. Haji Wan Salim menonjol sebagai ulama yang mengamalkan pendekatan
wasatiyyah dan berpandukan maqasid syariah dalam menyampaikan
pandangan. Ketokohan beliau bukan sahaja terserlah dalam institusi fatwa,
malah merentas bidang pendidikan, sosial dan dasar awam. Pandangannya yang
tegas namun berhikmah dalam menangani isu-isu seperti hiburan, pendidikan
dan hubungan agama mencerminkan keupayaan beliau mengimbangi prinsip
dan realiti semasa. Kesimpulannya, Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim ialah model
ulama kontemporari yang relevan dengan cabaran zaman moden, dan
pemikirannya wajar diketengahkan dalam membentuk naratif Islam progresif di
Malaysia.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.