Bukan Salah Pilihan by Dilla Ahmad

Bukan Salah Pilihan by Dilla Ahmad from  in  category
Read using
(price excluding SST)
Author: Dilla Ahmad
Category: General Novel
ISBN: 9789670870717
File Size: 2.57 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

"Meera selalu ingat masa kita kecik-kecik dulu, Abang Khalif. Kita main sama-sama, makan sama-sama. Tidurpun sama-sama. Memang best masa tu, kan?"-ZAMEERA "Sekarang mana boleh tidur sama-sama. Lain pulak jadinya karang."- KHALIF ANDRE Mengenali gadis bernama Zameera, buat hidupnya yang kelam, menjadi ceria. Sebagai anak isteri ke dua Datuk Hisham, dia tidak punya hak untuk mendapatkan kasih sayang seorang papa. Itu yang Khuzairi sering katakan kepadanya. "Apakah persamaan Abang Khalif dengan Terminator?" - ZAMEERA "Kejam? Macho?" - KHALIF "Salah!" "Habis tu?" "Tak pernah senyum!" Zameera yang sengal sering ada untuk dia melupakan kemelut yang membelenggu dirinya yang sering dipinggirkan dan tarafnya juga dipertikaikan. Dikeraskan hati bila Zameera mula berkias tentang perasaannya. Bagi Khalif, Zameera itu dah macam adik untuk dia jaga. Bila Zameera pergi melanjutkan pelajaran, hidupnya terasa sunyi. Muncul Emalin, co worker yang satu pejabat dengannya, cuba nak serahkan hatinya. Namun Khalif mengelak bila merasakan hatinya berdenyut hanya pada Zameera. Bukan Emalin. Hasratnya ingin bersama Zameera ditolak Datuk Hisham, yang merasakan Zameera tidak layak menjadi menantunya. Khuzairi pula tidak sukakan adiknya memiliki Zameera kerana dia juga sukakan gadis itu walaupun dia sudah berumah tangga dengan Melina. Sesuatu terjadi membuatkan Khalif dan Zameera terpaksa merahsiakan pernikahan mereka daripada Datuk Hisham dan Khuzairi. Tapi sampai bila? Haruskah dia berterus terang bila Khuzairi sendiri adalah ancaman? Tidak layakkah dia memiliki kasih sayang dan cinta? "Selagi hati Khalif kuat, Khalif akan menentang apa saja. Bukan Khalif nak kurang ajar dengan papa. Tapi Khalif akan pertahankan apa yang Khalif percaya."-KHALIF ANDRE Dan, Zameera itu adalah pilihan. Dan hatinya tidak pernah keliru memilih gadis itu!

Reviews

Bukan Salah Pilihan
by Amyza Najwa Tumian on July 24, 2021

Cerita tentang keluarga berada. Ayah kahwin 2, berat sebelah. Anak mat saleh bercinta dengan anak orang gaji. Berkahwin senyap2 sebab ayah tak restu. Abang sulung juga berkenan dengan anak orang gaji. Konflik keluarga tu saya rasa sangat baik sebab seperti kesudahan biasa, orang yang jahat mendapat balasan. Akhirnya, hero dan heroin kekal bahagia. Tahniah buat penulis untuk karya yang bagus.

cikeri
by SITI RAHMANI on August 11, 2021

sweet...bole layan

Seronokkk
by frwzh on August 14, 2021

A fan of Dilla Ahmad. Buku ni best baca. Sesuai utk santai2

Good Reading
by UMI SOLEHAH SA'AD on August 15, 2021

This book make us want to read more and more. The plot is simple yet interesting enough to cont reading til end. Full of humor yet have many hidden msg abt life , love and family.

BSP
by norhasliza binti yusoff on August 08, 2022

Best sangat,jalan cerita menarik.Tahniah pada writer.

Bukan Salah Pilihan
by Nur sahfika Binti Azaman on February 24, 2024

Best.. cerita tk banyak konflik...

nice
by shahida mohamed on March 11, 2024

okaylah..

Write your review

Recommended