BAHASA PENGATURCARAAN C. SIRI 1: ASAS by Zarina Tukiran, Khalid Isa, Shamsul Mohamad.

BAHASA PENGATURCARAAN C. SIRI 1: ASAS by Zarina Tukiran, Khalid Isa, Shamsul Mohamad. from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Category: General Academics
ISBN: 978-967-2975-85-4
Publisher: Penerbit UTHM
File Size: 8.90 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Selaras dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0, elemen pengaturcaraan menjadi satu topik yang penting untuk dipelajari dan diketahui oleh semua orang. Hakikatnya, pengaturcaraan bukan sahaja perlu dikuasai oleh pelajar yang menjurus dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat sahaja, tetapi juga oleh pelajar-pelajar dalam lain-lain bidang seperti kejuruteraan, sains, teknologi, matematik, perakaunan dan sebagainya. Ramai orang terlepas pandang bahawa pengaturcaraan sangat penting untuk pelbagai bidang, malah boleh dijadikan sebagai hobi dan aktiviti masa lapang yang menyeronokkan.

Buku ini mengandungi 4 bab iaitu Pengenalan kepada Pengaturcaraan, Pengenalan Bahasa C, Struktur Kawalan Pilihan dan Struktur Kawalan Pengulangan. Pada setiap bab, selain teori dan sintaks, contoh-contoh pengaturcaraan dan kajian kes turut disertakan. Uniknya buku ini adalah terdapat contoh penyelesaian masalah di akhir setiap bab di mana sesuatu masalah itu akan diselesaikan secara langkah-demi langkah berdasarkan kaedah pembangunan perisian iaitu (1) spesifikasi keperluan, (2) analisis, (3) rekabentuk algoritma menggunakan carta alir atau kod pseudo, (4) implementasi dan (5) pengujian dan pengesahan.

Justeru, buku ini sangat sesuai digunakan oleh semua orang teruatama pelajar baik di peringkat rendah, menengah mahupun tinggi. Buku ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan tambahan bagi kursus-kursus yang berkaitan dengan Pengkomputeran, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Reviews

Write your review

Recommended