PLOT 365 HARI by AESYA AZAHAR

PLOT 365 HARI by AESYA AZAHAR from  in  category
Read using
(price excluding SST)
Title: PLOT 365 HARI
Author: AESYA AZAHAR
Category: General Novel
ISBN: 9789672035473
File Size: 1.03 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Ceritanya mengisahkan tentang dua orang sahabat, Ayra Basheera dan Farah Ilyana yang tidak percaya dengan apa yang dipaparkan di kaca televisyen di mana kaum Adam boleh berubah menjadi lebih baik hanya disebabkan oleh cinta kepada kaum Hawa. Atas cadangan Farah, maka wujudlah sebuah plot antara mereka yang mengambil masa selama 365 hari. “She’s really beautiful! Sumpah, aku tak tipu. Muka dia lembut sangat.” – Zhafri Zhafri Adam, mangsa jerat mereka, mula dipaut hatinya oleh Ayra demi menjalankan plotnya. Namun, rupa paras dan perwatakan Zhafri itu bukan sahaja menambat hati Ayra, malah Farah juga seolah-olah sudah jatuh hati dengan lelaki tersebut. “I harap you setia dengan I. I tak boleh terima kalau perempuan curang dengan I. - Iskandar Iskandar, teman lelaki Ayra turut mengadu kepada Farah apabila dia merasakan perhatian kekasih hatinya itu seperti sudah beralih arah. Namun, belum sampai tempoh setahun, seseorang bertindak untuk membocorkan rahsia Ayra kepada Zhafri dengan memberitahu lelaki itu tentang motif sebenar Ayra berkenalan dengan lelaki itu. Zhafri berasa dikhianati maka perasaan cinta terhadap Ayra bertukar menjadi benci dan dendam. Siapakah yang bertindak membocorkan rahsia Ayra? Benarkah lelaki boleh berubah dengan hadirnya cinta daripada seorang wanita? Bagaimanakah kesudahan kisah Ayra, Zhafri, Farah dan Iskandar? Segalanya dalam Plot 365 Hari…

Reviews

Social experiment gone wrong?
by flufferfly_GoodReads on February 11, 2022

Best gila cerita ni. Dalam huru-haranya, masih membuatkan saya ingin tahu apa yang akan terjadi seterusnya. Hipotesis yang agak bahaya untuk diuji, menguji emosi manusia tapi dari situlah plot-plot dalam buku ini menjelaskan akibat yang terjadi dari idea sebegini! Don't try this in real life ok! Tak baik mainkan perasaan hati orang, haha.

Write your review

Recommended