Tiada Drama Di Kampus by Hajar Ahmad
Synopsis
“Ah, tu mesti grand entrance dari The Four Hot Guys Universiti Angsana.”
Misi gadis bernama Feralina ini mudah. Lepas SPM, sambung belajar di luar negara bersama Si Dia. Kemudian mereka bekerja di tempat yang sama dan berkahwin! Mudah, kan!
Siapa sangka hidupnya berubah 180 darjah selepas tragedi yang menimpa keluarganya selepas tamat SPM. Feralina terus hilangkan diri dari mata umum. Feralina ada misi baru. Dia harus tamatkan pengajian tanpa sebarang drama. Selama lima tahun, misinya berjalan dengan lancar. Sehinggalah dia menjejakkan kaki ke sebuah universiti berprestij di Malaysia iaitu Angsana!
“Awak takkan berjaya singkirkan Kafi dengan cara macam ni. Awak juga takkan dapat singkirkan sesiapa di antara kami berempat. We are in this together. For better or for worse.”- Afid
The Four Hot Guys betul-betul mencarca-marbakan misinya. Terserempak tanpa sengaja dengan empat jejaka pujaan hati Angsana bermaksud DRAMA yang tidak berpenghujung. Feralina jadi bingung bila terpaksa memilih antara keempat-empat jejaka itu. Lagi haru bila Mr. Lane 4, rakan penanya sewaktu zaman sekolah turut belajar di Angsana.
Reviews
Mesti baca.
Baca novel ni macam jumpa kawan lama, you tau even you tak jumpa for a long time, you can joke around together macam dulu-dulu.
Best dan menarik
Tahniah author sebab hasilkan ebook yang agak menarik bagi saya. Walaupun untuk 30 bab awal jalan cerita agak biasa (Sebab tu saya bagi rate 4/5). Tapi bab ke atas saya mula rasa seronok membacanya. Salah satu sebab saya suka dengan cerita ni ialah tentang isu kesihatan mental diketengahkan. Lepas tu saya suka dengan persahabatan yg terbina antara watak2 dlm novel ni. Saya suka juga bila penulis buat saya tertanya-tanya dengan banyak benda, contohnya dengan siapa sebenarnya Fera kahwin. Siapa pula Mr. Lane 4. Dan misteri tentang pembunuhan keluarga Fera tu. Persoalan tu buat saya tidak sabar untuk teruskan pembacaan demi jawapan yang saya inginkan. Untuk pengakhiran cerita ni, puas hati juga sebab masing-masing jumpa kebahagiaan. Semestinya, banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita ni. Worth reading .
hi..saya dah download buku ni tp tak boleh baca..
cerita dia menarik, tapi jalan cerita dia susah nak sampai sebab penggunaan bahasa yang tak kena dan juga jalan cerita yang terlalu cepat. pejam sikit, eh dah sampai sini dah? kena baca banyak kali baru faham cerita. cerita ni best tapi geram sangat dengan cara penyampaian tu. boleh sakit kepala baca.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.