Beautiful Jodoh by Shima Rostam

Beautiful Jodoh by Shima Rostam from  in  category
Read using
(price excluding SST)
Category: General Novel
ISBN: 9789671759844
File Size: 0.74 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding SST)

Synopsis

Beautiful Jodoh Sinopsis Menumpang kasih atuk dan mak tuk, Haura Nur tumbuh menjadi seorang gadis introvert. Namun keadaan itu berubah apabila dia melanjutkan pelajaran ke universiti. Berkenalan dan tinggal sebilik dengan Naemah, Zakiah dan Latifah memberikan pengalaman baru. Dia mula membuka hati untuk membina sebuah persahabatan tanpa perasaan rendah diri. Ferran Atiq crush Haura Nur sejak di bangku sekolah lagi. Mereka tidak pernah bercinta, tetapi saling memendam rasa. Bertemu kembali di universiti, Ferran Atiq khabarnya sedang hangat bercinta dengan gadis lain. Benarkah? Ferran Atiq - tidak kira di mana dia belajar, sentiasa menjadi pujaan ramai. Biarpun digosip sedang hangat bercinta dengan gadis popular kampus, tidak dihiraukannya kerana dalam hatinya hanya ada Haura Nur. Sudah lama diintai, memikat sahaja belum. “Gosip panas, Ferran dah putus dengan Anis!” - Zakiah “Akhirnya Ferran tinggalkan juga minah fake tu.” - Latifah. Hati Haura Nur gembira. Si dia yang menjadi pujaan bukan lagi kekasih orang. Namun untuk memunculkan diri di hadapan lelaki itu, tidak sama sekali. “Saya tak suka awaklah. Boleh tak jangan kacau saya lagi! - Haura Nur. “Tapi saya sukakan Ara!” - Ferran Atiq. Mengapa Haura Nur mengelak tatkala Ferran Atiq muncul mencurah rasa? Mengapa saat mahu mencipta bahagia, ramai pula yang menghalangnya? Beautiful Jodoh - Seindah takdir menyatukan hati mereka berdua.

Reviews

Beautiful Jodoh
by RH on March 30, 2022

Sorry, novel ini agak mendatar penceritaannya. Tidak seperti novel2 sebelum ini. Maybe you have to work out the plot before you write the novel. Kalau tak ada plot, jadi merapu pulak ceritanya.

Beautiful Jodoh
by Ixora Riana on September 17, 2023

Ini Beautiful Jodoh ke beautiful story?? Best sangat ebook ni!! Jalan cerita yang cantik dan menyentuh hati. Kisah tentang seorang anak gadis yang 'dibuang' oleh ibu bapa akibat perceraian. Mujur ada atuk dan nenek yang tak lelah menjaga cucunya sejak dia dibuang ibu bapa kandungnya hingga dia dewasa. Semua watak dapat balasan masing². Puas hati baca

Write your review

Recommended