Isu Zakat Kontemporari Himpunan Soal Jawab Zakat Berdasarkan Rujukan Kitab dan Fatwa by Haji Azhari Ahmad Dr. Wafdi Auni Mohamed Muhamad Shahril Mohd Nasir Muhammad Saiful Amri Ibrahim Mohamad Syazwan Abd Razak Muhammad Nazreen Aduan@Adnan Mohd Amir Syazwan Mohd Nazeri Muhammad Rifqi Roslan

Synopsis

Buku ini disediakan dengan mengikut format tersendiri menggabungkan beberapa komponen penting sebagai asas bagi memahami ibadat zakat khusus pembayaran zakat dengan mudah. Bermula dengan isi kandungan yang meletakkan asas kefahaman pensyariatan zakat sebagai panduan dan disusun mengikut pembahagian zakat iaitu dimulai dengan perbincangan zakat maliah dan disusuli oleh zakat badaniah sebagaimana yang dikategorikan oleh para fuqaha’. Sebanyak 16 bab yang mencakupi 12 jenis ibadat zakat dibincangkan dan 3 bab yang terakhir memberikan kelainan yang cuba ditampilkan dalam buku ini ialah perbahasan mengenai qada zakat, persoalan umum mengenai zakat dan perbincangan khusus berkaitan fi dyah dan kafarah. Rangkuman keseluruhan 16 bab ini merupakan realiti persoalan yang dihadapi oleh kakitangan dan petugas kaunter perkhidmatan Zakat Pulau Pinang saban hari. Pasukan Editor buku ini juga telah merujuk dan membuat perbandingan dengan buku-buku yang diterbitkan jenis seumpamanya bagimenghasilkan kandungan yang menyeluruh dan tepat.

Reviews

Write your review

Recommended