Kajian Sosial dan Impak Komuniti by Hanina H. Hamsan, Mohamad Fazli Sabri, Hazlina Abdul Halim & Akmar Hayati Ahmad Ghazali
Synopsis
Buku Kajian Sosial dan Impak Komuniti menghimpunkan sebelas bab yang ditulis oleh pensyarah dari Fakulti Ekologi Manusia serta Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM). Setiap penulis adalah pakar dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan, meliputi bidang psikologi komuniti, keluarga dan keibubapaan, psikologi perkembangan, komunikasi dan kesusasteraan, kenegaraan, kewangan, sains kepenggunaan, dan keterangkuman sosial dalam masyarakat. Kepelbagaian disiplin ini menunjukkan keluasan skop ilmu yang dibangunkan di UPM serta komitmen kedua-dua fakulti dalam memahami manusia sebagai individu, anggota keluarga, komuniti dan Masyarakat yang hidup dalam ekosistem sosial yang saling berinteraksi. Secara keseluruhan, buku ini meneliti isu-isu semasa yang memberi kesan langsung kepada komuniti, termasuk dinamika sokongan keluarga, kesejahteraan emosi, ketahanan belia dalam persekitaran sosial yang mencabar, pola penggunaan isi rumah, suara golongan terpinggir dan peranan bahasa serta wacana dalam membentuk pemaknaan sosial. Justeru, buku ini sesuai dibaca oleh penyelidik, penggubal dasar, pendidik, pemimpin komuniti dan pelajar sains sosial dan kemanusiaan kerana ia mendokumentasikan realiti kehidupan masyarakat semasa.
Reviews
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.