Modal Intelek Pemacu Prestasi Inovatif by Farrah Fawzia Md Ariff, Ruhanita Maelah, Noradiva Hamzah & Amizawati Mohd Amir
Privacy Policy
Read using
(price excluding SST)
(price excluding SST)
Synopsis
Pernahkah anda terfikir mengapa kedai kopi sebelah tiba-tiba menjadi tular? Atau bagaimana sebuah firma yang dahulunya biasa-biasa sahaja, kini berkembang menjadi gergasi global?
Rahsia di sebalik kejayaan tersebut bukan semata-mata terletak pada duit atau mesin mahal.
Sebenarnya, kunci utama kejayaan terletak pada Modal Intelek, iaitu kuasa tersembunyi firma yang merangkumi tiga komponen penting. Antaranya ialah Modal Insan (pengetahuan dan kreativiti tenaga kerja), Modal Struktur (sistem dan proses yang cekap), dan Modal Hubungan (jaringan dan hubungan yang kukuh). Buku ini ditulis dengan gaya santai serta diperkayakan dengan pelbagai contoh dunia sebenar seperti Grab, Starbucks dan kisah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan. Ia membongkar bagaimana ketiga-tiga elemen ini digerakkan oleh “Keupayaan Dinamik” untuk bertindak pantas bagi mencipta inovasi, meningkatkan daya saing, dan menjadikan firma anda bukan sekadar bertahan, tetapi terus berkembang maju dalam pasaran yang sentiasa berubah.
Ayuh, bongkar rahsia bagaimana menjadikan firma anda lebih lincah, kreatif dan berjaya!
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.