EKONOMI BUMIPUTERA PULAU PINANG DARI SUDUT DASAR SEMASA DAYA TAHAN MENDEPANI PERUBAHAN SEMASA by Al-Hady Center 2025

EKONOMI BUMIPUTERA PULAU PINANG DARI SUDUT DASAR SEMASA DAYA TAHAN MENDEPANI PERUBAHAN SEMASA by Al-Hady Center 2025 from  in  category
Privacy Policy
Read using
ISBN: 978-629-94963-7-3
File Size: 13.54 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)

Synopsis

Berdasarkan pengukuran skor Jeffrey Sachs Center, Pulau Pinang mencatatkan skor 64.2 untuk prestasi keseluruhan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) pada tahun 2021. Merujuk Laporan Sosioekonomi Pulau Pinang 2022 pula, negeri Pulau Pinang mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 13.1% pada tahun 2022. Namun begitu, dari sudut penggunaan internet warga Pulau Pinang pada tahun 2022, hanya 39.4% yang menggunakannya dan tidak mencapai sasaran iaitu 39.7%. Peratusan yang tidak mencapai sasaran ini dijangka berlaku kepada para peniaga di Pulau Pinang. Manakala dari sudut pengangguran kerja pada tahun 2022, peratusan telah meningkat daripada 2.0% kepada 2.7%. Hal ini secara tidak langsung menjadi persoalan adakah ekonomi para peniaga bumiputera dalam sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menepati kehendak semasa penggunaan digital dalam perniagaan mereka. Oleh itu, kajian ini menggariskan tiga objektif, iaitu (1) mengenal pasti penglibatan PMKS bumiputera di DUN Batu Maung dalam penggunaan digital, (2) mengenal pasti insentif Ekonomi Madani dalam kalangan PMKS bumiputera di DUN Batu Maung, (3) mengenal pasti kesan pengurusan Kerajaan Madani terhadap PMKS bumiputera di DUN Batu Maung. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menemubual seramai 18 peniaga PMKS di sekitar Batu Maung. Hasil kajian mendapati bahawa (i) majoriti informan menyatakan peningkatan jualan mereka tidak menunjukkan perbezaan signifikan setelah menggunakan alat digital; (ii) majoriti informan tidak pernah mendapat apa-apa bantuan melalui Dasar Ekonomi Madani untuk perniagaan mereka, dan (iii) majoriti informan berpendapat pengurusan Kerajaan Madani lebih tegas dalam mengawal selia penempatan peniaga yang tiada kelulusan kerajaan negeri. Berdasarkan hasil kajian ini, saranan langkah tindakan susulan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dalam mengatasi masalah dan cabaran yang dihadapi oleh PMKS bumiputera di DUN Batu Maung, antaranya adalah (a) seminar khas kepentingan pelesenan, (b) bantuan pensijilan halal, (c) pendekatan pengiktirafan penempatan peniaga, (d) pembiayaan kursus latihan digital, (e) konsep Mutiara Food Bank; (f) konsep Kebun Kita(r), (g) peranan MasjidPro Penang, dan (h) peranan Wakaf Pulau Pinang. Kata Kunci: Ekonomi Madani, Bumiputera, PMKS, Batu Maung

Reviews

Write your review

Recommended