EKSPEKTASI DAN SENTIMEN POLITIK BUMIPUTERA PULAU PINANG TERHADAP PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI by Al-Hady Center 2025

EKSPEKTASI DAN SENTIMEN POLITIK BUMIPUTERA PULAU PINANG TERHADAP PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI by Al-Hady Center 2025 from  in  category
Privacy Policy
Read using
ISBN: 978-629-94963-5-9
File Size: 7.89 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)

Synopsis

Kajian ini meneliti ekspektasi dan sentimen politik dalam kalangan komuniti Bumiputera di Pulau Pinang terhadap pentadbiran kerajaan negeri. Meskipun Pulau Pinang dikenali sebagai sebuah negeri yang pesat membangun, masih wujud persepsi bahawa komuniti Bumiputera belum menikmati manfaat pembangunan secara adil dan saksama, khususnya dalam aspek pemilikan rumah, peluang ekonomi dan representasi politik. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran dengan reka bentuk eksploratori berurutan, melibatkan tiga sesi perbincangan kumpulan berfokus (FGD) serta edaran soal selidik dalam talian kepada 66 orang responden Bumiputera. Dapatan kajian menunjukkan kewujudan rasa terpinggir dan ketidakpercayaan terhadap sistem sedia ada, selain jurang komunikasi yang menjejaskan keberkesanan kerajaan negeri dalam menyampaikan dasar kepada rakyat. Golongan belia pula muncul sebagai kelompok pengundi penentu, namun bersikap skeptikal terhadap retorik politik yang tidak disertai tindakan konkrit. Kajian ini merumuskan bahawa sokongan politik Bumiputera kini semakin bersifat bersyarat, bergantung pada prestasi serta kepekaan kerajaan terhadap isu yang dihadapi rakyat. Sehubungan itu, kajian mencadangkan pemantapan komunikasi dua hala, penglibatan aktif wakil rakyat di lapangan, pengukuhan penyertaan ekonomi Bumiputera secara strategik serta penubuhan platform dialog tetap bersama komuniti sebagai langkah memulihkan kepercayaan dan memperkukuh legitimasi politik kerajaan negeri.

Reviews

Write your review

Recommended