AKSES,TAHAP DAN KUALITI PENDIDIKAN DALAM KALANGAN PELAJAR BUMIPUTERA DI BATU MAUNG, PULAU PINANG by Al-Hady Center 2025
Privacy Policy
Read using
Title:
AKSES,TAHAP DAN KUALITI PENDIDIKAN DALAM KALANGAN PELAJAR BUMIPUTERA DI BATU MAUNG, PULAU PINANG
Author:
Al-Hady Center 2025
Category:
Autobiography,Biography & Memoirs
ISBN:
978-629-94963-9-7
File Size:
16.30 MB
Synopsis
Pendidikan memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan dan
mobiliti sosial masyarakat. Walau bagaimanapun, jurang dari segi akses, kualiti
dan pengalaman pembelajaran masih wujud, khususnya dalam kalangan
komuniti bumiputera di kawasan tertentu. Kajian ini bertujuan meneliti tahap
akses, kualiti pendidikan serta faktor sosioekonomi yang mempengaruhi
pengalaman pembelajaran pelajar bumiputera di Batu Maung, Pulau Pinang.
Kajian ini menggunakan reka bentuk explanatory sequential mixed methods,
dengan kaedah kuantitatif sebagai fasa utama diikuti kaedah kualitatif bagi
memperincikan dan menjelaskan dapatan kuantitatif. Data kuantitatif
dikumpulkan melalui soal selidik terhadap pelajar di sebuah sekolah menengah
kebangsaan di Batu Maung, meliputi aspek latar belakang keluarga, persekitaran
pembelajaran, sumber pendidikan, prestasi akademik serta halangan
pembelajaran. Data kualitatif pula diperoleh melalui temu bual separa berstruktur
bersama guru dan pegawai berkaitan pendidikan. Analisis data dijalankan secara
deskriptif dan tematik. Dapatan kajian menunjukkan wujud variasi yang jelas
dalam akses dan kualiti pendidikan dalam kalangan pelajar. Sebahagian pelajar
menikmati sokongan keluarga dan persekitaran pembelajaran yang relatif
kondusif, manakala sebahagian lain berhadapan kekangan sosioekonomi,
keterbatasan sumber pembelajaran, jurang akses teknologi serta cabaran
tumpuan dan motivasi belajar. Faktor halangan dalaman dan luaran dikenal pasti
saling berkait dan memberi kesan terhadap konsistensi prestasi akademik. Kajian
ini turut mendapati bahawa inisiatif sokongan berasaskan sekolah dan komuniti,
termasuk program pemantapan akademik dan latihan kemahiran, berpotensi
meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar, namun pelaksanaannya masih
terhad dari segi liputan dan kesinambungan. Secara keseluruhan, kajian ini
menyediakan gambaran kontekstual mengenai cabaran pendidikan yang
dihadapi pelajar bumiputera di Batu Maung, serta menekankan keperluan kepada
pendekatan intervensi yang lebih menyeluruh, berfokus dan berasaskan komuniti
bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan kesejahteraan pelajar.
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.