[ No Description ]
Perkahwinan merupakan asas kepada pembentukan dan pengukuhan keluarga. la menentukan pembentukan keluarga dan penghasilan jurai keturunan yang sah selain memastikan agar kehidupan manusia tidak pupus di muka bumi. Namun demikian, tidak semestinya setiap individu yang moncapai tahap usia berkahwin melangkah ke gerbang perkahwinan tepat pada waktunya. Terdapat, juga yang mempunyai keinginan untuk berkahwin lewat dan memilih untuk berbuat demikian. Dalam konteks wanita masa kini, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada tingkah laku kahwin lewat. Pemodenan dan urbanisasi yang memangkin pembangunan negara, kemajuan yang dikecapi oleh golongan wanita dalam aspek Pendidikan dan kerjaya, serta perubahan sosial masa kini amat mempengaruhi fenomena kahwin lewat. Di sini timbul persoalan; adakah tingkah laku berkahwin lewat tersebut berpunca dari niat tidak mahu berkahwin awal pada usia perkahwinan atau wujudkah pelbagai kekangan yang menghambat, mereka daripada berkahwin? Buku ini meneroka cabaran yang dihadapi golongan ini, mendalami yang mendorong mereka ke cara hidup yang dipilih, serta menyelami usaha yang dapat dilakukan untuk mengelakkan hal kahwin lewat.