Dulu, Fika yang mengejar.
“Saya tak akan berpatah balik. Saya akan ikut kata abah saya dan saya akan kahwin dengan awak.” - Fika.
“Untuk apa kita berkahwin kalau tiada cinta antara kita? Buang masa aje." - Kimi
Baru seminggu usia perkahwinan mereka, Fika diceraikan. Selepas beberapa bulan, Kimi muncul semula dan menjadi jirannya. Kini giliran Fika pula yang dikejar. Si duda mula memasang umpan mahu memancing hati si janda.
“Awak takkan terlepas daripada saya lagi, Fika. Peluang kedua ini saya akan gunakan sebaik mungkin.” - Kimi
“Gila!” - Fika
Tapi bukan semudah itu Fika mahu menerima Kimi semula. Kimi mendekat, Fika menjauh. Kimi menggoda, Fika mengamuk. Tiba-tiba muncul pula Aduka dan Arina yang merumitkan lagi operasi Kimi memikat jandanya semula.
“Best man win, bro. Siapa cepat, dia dapatlah. Kau tak payah nak merayu bagai. Aku tetap akan dapatkan Fika sebagai calon isteri aku.” - Aduka
“Disebabkan kau, dia tak nak bertanggungjawab atas kandungan aku ni. Perut aku dah semakin membesar.” - Arina
Sampai satu saat, Kimi mula berputus asa. Bila Kimi pergi, Fika pula yang penasaran. Apatah lagi bila Kimi membuat keputusan mahu mengahwini Arina.
Masih wujudkah peluang untuk mereka bersatu semula? Segalanya bakal terjawab di dalam naskah Jangan Marah Jandaku.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that UBSM & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.