Calon Suami Buat Novelis by Eliza AB
                
                Read using                
                  
                                  
              
              
            
                                  
                    
                                    (price excluding SST)
                            
            
                Title:
                
                  Calon Suami Buat Novelis
                
              
              
                Author:
                
                                      
                    Eliza AB
                                  
              
              
                Category:
                
                                      General Novel
                    ,                                       Romance
                                                      
              
              
                ISBN:
                978-967-406-269-9
              
              
                Publisher:
                
                  
                    KarnaDya Publishing Sdn Bhd                  
                
              
              
                File Size:
                1.41 MB
              
              
              
            
                                
                    
                                    (price excluding SST)
              
          
          Synopsis
                Nak cari calon suami bukan semudah ABC. Bukan macam pilih sayur di pasar. Kenalah pilih yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Begitulah yang terjadi kepada Qaira Nur Imani. Cadangan Puan Noraini memperkenalkan dia dengan beberapa calon suami membuatkan dia rasa sesak nafas. 
Qaira  Nur Imani, seorang novelis  yang serik untuk jatuh cinta lagi. Cukuplah tiga kali dia kecewa kerana bertepuk sebelah tangan. Lantaran itu, pintu hatinya ditutup buat insan yang bergelar lelaki. Namun, perkara itu tidak menghalang Puan Noriani mencari calon suami untuk anaknya itu. 
“Selagi Aira tak bawa calon untuk ibu, selagi itu ibu akan kacau hidup Aira!” - Puan Noraini
Bagi Qaira, nak cari calon suami bukan semudah ABC. Kenalah pilih yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa serta dapat menggetarkan naluri perempuannya. Kalau boleh, dia menginginkan seorang suami sama seperti hero-hero dalam novelnya.
Pertemuan dengan jejaka kacak Hadif Asyraf merubah hidup Qaira. Hadif yang juga mempunyai masalah yang sama dengan Qaira melamar Qaira walaupun mereka baru berkenalan. Bagi Hadif, dia yakin dengan prinsip 5B ciptaannya. Berkenalan, berkawan, bercinta, berkahwin dan bahagia.
“Aku nak melamar kau jadi isteri aku. Kita kahwin?” - Hadif
“Memang kita dah berkenalan.Kita pun dah berkawan. Tapi kita belum bercinta. Mana boleh berkahwin terus?” - Qaira
“Kalau macam tu, kita kahwin kemudian kita bercinta. Aku nak jadi hero kau selama-lamanya.”- Hadif
Qaira dalam dilema. Calon sudah ada tapi mampukah Hadif menjadi calon suami buatnya seperti yang diidamkan? Mampukah dia membuka pintu hatinya buat Hadif Asyraf buat kesekian kalinya?              
            Reviews
                          
                          Calon Suami Buat Novelis
                          
                        
              
                            by Zaherani Tahir on March 22, 2022
                          
                          Jalan cerita yang sedikit membosankan. Saya skipped banyak pages.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.